Kuala Lumpur: Penyanyi, Wany Hasrita mengaku pengalaman bergelar ibu bukanlah suatu tugas mudah seperti yang disangka.

Wany berkata, pada awal kelahiran puteri tercinta, Aishah Al Iman, dia tidak dapat rehat dengan secukupnya, namun bersyukur kini sudah dapat menyesuaikan diri.

“Pada awalnya memang agak sukar untuk menyesuaikan diri, lebih-lebih lagi kena bangun setiap dua jam pada waktu malam.

“Saya sendiri akui kepayahan itu, tapi lama-kelamaan saya sudah boleh ikut rentak dan boleh menguruskan anak seorang diri.

“Pengorbanan membesarkan anak ini adalah detik yang tidak mungkin saya lupakan. Banyak ilmu baru yang saya pelajari sewaktu tempoh berpantang,” katanya.

Menurut Wany, kehadiran pembantu atau ‘confinement lady’ banyak memudahkan urusan dia dan anak perempuannya serta menggalakkan orang luar untuk mengupah peneman sewaktu bersalin.

“Selepas 44 hari kak Nurul menjaga saya dan anak, tiada hidup saya jadi huru-hara. Bayangkan selepas dia tiada saya perlu lakukan seorang diri, jadi agak kelam-kabut.

“‘Confinement lady’ ini bukan saja menjaga makan ibu berpantang saja, tapi ada juga sediakan khidmat urut untuk ibu dan ia amat membantu memberi ketenangan.

“Namun, terpulang kepada pilihan setiap individu untuk mempunyai ‘confinement lady’. Ada wanita yang boleh menguruskan seorang diri atau minta mak tolong jagakan.

“Cuma dalam situasi saya, ibu saya tidak mempunyai kemahiran itu sebab ini adalah pengalaman pertama dia menerima cucu,” katanya.

Wany bersalin secara normal pada 8 Julai lalu. Dia dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *