Penyanyi, Datuk Nora Ariffin dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor kerana sesak nafas.
Perkara itu turut disahkan suami Nora, Dr Rushdi Ramli yang kemudiannya dikongsi kembali penyanyi Aishah di Instagram miliknya untuk makluman peminat.

Rushdi dalam mesej berkenaan turut memohon doa daripada orang ramai agar isterinya itu dikurniakan kesembuhan.

Sumber Dari : https://beautifulnara.com/nora-ariffin-dimasukkan-ke-icu-alami-sesak-nafas/