Kuala Lumpur: Penyanyi Nabila Razali yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31 hari ini seperti tidak benar.

Tinjauan Harian Metro di akaun Instagram miliknya mendapati penyanyi yang terkenal menerusi lagu Peluang Kedua itu hanya sekadar ‘repost’ video ucapan peminat selain tiada hantaran yang mencurigakan.

Malah sekiranya penyanyi itu dikatakan bernikah hari ini, pasti Nabila akan bercuti atau berehat panjang daripada sebarang aktiviti seni.

Namun Nabila masih bakal terbabit untuk sebuah konsert rakaman Hiburan Minggu Ini yang bakal diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, pada Rabu ini.

Harian Metro cuba menghubungi Nabila bagi mendapatkan komen lanjut mengenai khabar angin itu, namun mesej WhatsApp yang dihantar tiada balasan.

Terdahulu timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu hari ini.

Difahamkan juga urusan ke arah hari bahagia mereka dikatakan rancak berjalan termasuk persalinan raja sehari yang sungguh istimewa.

Malah Nabila juga dikatakan diraikan kenalan rapat dalam acara ‘hens party’ yang turut dikongsi dalam Instagram Story seorang selebriti.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *