KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan 50 kanak-kanak di Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza yang dibuka bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa apabila kawasan berkenaan kini sedang berdepan serangan Israel.

Siti menerusi hantaran di Instagram (IG) memaklumkan, sebaik peperangan meletus hujung minggu lalu pihaknya terus memantau perkembangan pelajar dan petugas di sekolah yang dibuka sejak dua tahun lalu itu.

Siti menerusi Yayasan Nurjiwa membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan akademik bagi membantu anak-anak Palestin sejak Oktober 2021.
Siti menerusi Yayasan Nurjiwa membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan akademik bagi membantu anak-anak Palestin sejak Oktober 2021.

“Kami sedang memantau secara dekat situasi terkini dan mendoakan agar anak-anak ini selamat.

“Situasi di Gaza sangat runcing. Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa termasuklah harta benda.

“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat di sana. Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” tulis Siti.

Menerusi hantaran sama, Siti meminta orang ramai turut membantu menyalurkan sumbangan, selain mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

Siti berkata, lebih pilu apabila menerima khabar daripada pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur akibat peperangan yang berlaku itu.

“Justeru, bagi membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang dilancarkan sejak 2021,” tulis.

Sebelum ini, menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti mengumumkan membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan akademik bagi membantu anak-anak Palestin sejak Oktober 2021.

Pada Mei lalu, penghibur kesayangan ramai itu turut mengadakan konsert khas Satu Suara Vol 3 bagi meraih dana untuk membantu pelajar sekolah berkenaan.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *