Kuala Lumpur : Konsert Kasih Pengasih anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) yang sepatutnya diadakan pada 1 Julai ini di Auditorium Makmur RTM Kuantan ditunda berikutan mendapat banyak maklum balas negatif.

Pengasih dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana tarikh itu jatuh pada hari ketiga sambutan Aidiladha.

Katanya, tarikh baru yang dipilih ialah pada 22 Julai ini.

Konsert itu menampilkan barisan artis popular seperti Zamani, Ameng, Amir Ukays dan kumpulan Iklim.

Idea untuk mengadakan konsert ini dicetuskan pihak pengurusan Pengasih yang mahu mempromosikan Pengasih cawangan Pahang.

Pemangku Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Hafizi Harun berkata, nama Kasih menjadi pilihan kerana Pengasih menggunakan pendekatan ‘Kasih’ kepada pelanggan mereka.

“Objektif konsert ini diadakan adalah bertujuan mencari dana bagi membiayai peralatan dapur, landskap dan kelengkapan baharu Rumah Damai yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat,” katanya.

Kredit; Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *