Memetik Utusan, seorang penyanyi wanita berhijab dikatakan ‘tangkap cinta’ dengan pengurusnya sendiri yang berstatus suami orang.

Difahamkan, ‘hubungan’ tersebut sudah lama dihidu oleh rakan-rakan dalam industri sejak ia berputik beberapa tahun ini.

Pengurus lelaki itu juga sudah berkahwin dengan orang luar daripada industri dan masih belum dikurniakan anak.

Penyanyi wanita itu juga dijemput menghadiri majlis perkahwinan seorang selebriti tempatan dan ramai pelik kerana pengurusnya tidak bawa isteri hadir sama ke majlis tersebut.
Pengurus itu dilihat hadir berdua bersama penyanyi wanita tersebut dan kedua-duanya menetap di hotel yang sama.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/penyanyi-wanita-bertudung-didakwa-berskandal-dengan-pengurus-sendiri-berstatus-suami-orang/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *