Sejak beberapa hari lepas, namanya menjadi sebutan selepas berjaya mengharumkan nama Malaysia dan mencipta sejarah tersendiri.

Ini cerita tentang anak muda yang patut dijadikan contoh dan dibanggakan, Nusaybah.

Siapa Nusaybah?

Nusaybah berusia 24 tahun ini merupakan penuntut jurusan Bachelor International Relations and Affairs, School of Foreign Services di Universiti Georgetown, Qatar.

Anak muda ini juga adalah anak sulung kepada bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dan isteri, Dr Hamidah Mat yang merupakan seorang pensyarah.

Cipta sejarah dan harumkan nama negara

Masakan tidak nama Nusaybah menjadi sebutan sejak beberapa hari yang lalu, dia telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul enam anugerah di universiti tersebut.

Ini adalah antara pencapaian Nusaybah:

  • Anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang)
  • Anugerah Pingat Dekan
  • Tesis Terbaik
  • Anugerah Pelajar Paling Cemerlang (pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa)
  • Meraih purata gred kumulatif (CGPA) 4.0 bagi keseluruhan semester

Kreadit : beatifulnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *