Kuala Lumpur: Isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, tidak dapat menahan tangisan ketika berkongsi cerita mengenai kesusahan yang dilalui pada awal perkahwinan mereka.

Ketika ditemubual usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, yang disiarkan secara langsung di laman Instagram (IG), Nurul Shuhada berkata, dia dan Hafidz pernah menghuni di kediaman flat dan melalui hidup susah dan senang bersama.

“Kami pernah duduk di flat masa awal kahwin dulu, susah dan senang sama-sama,” katanya sambil menangis.

Dalam perkongsian hantaran video di IG, Aliff juga mengumumkan Nurul Shuhada sebagai duta koleksi hijab jenamanya.

Menurut Alif, dia juga cuba membantu Nurul Shuhada untuk meringankan bebannya sekali gus meneruskan kehidupan selepas berdepan kemelut dalam rumah tangga.

“Saya juga tahu, Shu (Nurul Shuhada) struggle (berjuang) demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantunya dengan menjadi duta koleksi hijab jenama syarikat. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” kongsinya.

Menerusi perkongsian itu juga, Aliff cuba menyelami isi hati Nurul Shuhada membabitkan konflik rumah tangga dihadapi sehingga menerima 10 jahitan pada bahagian wajahnya akibat ditumbuk oleh suaminya itu.

“Hari ini, pertama kali saya jumpa Shuhada. Riak wajah dia nampak sedih dan memendam. Saya cuba menyelami apa yang dia rasakan dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah lebih baik,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran yang dimuat naik di IG, Nurul Shuhada berkata, dia bersyukur kerana ada peguam dari Nor Zabetha Chinna & Co yang akan membantu mengendalikan kesnya di mahkamah.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami menegakkan keadilan di dunia kerana aku tahu Ya Allah, di akhirat kelak, sejauh mana berlari tetap yang salah akan mendapat balasan setimpal.

“This is my journey, this is for my kids (Ini perjalanan kehidupan saya, demi anak-anak). Allah hadirkan seorang peguam hebat yang akan bantu kita sayang, Humairah dan Umar, Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam laporan terdahulu, Hafidz berkata, masih menyayangi Nurul Shuhada dan percaya masih ada ruang perdamaian untuk mereka berbaik semula.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapat komen dari Nurul Shuhada menerusi panggilan telefon dan WhatsApp berhubung konflik rumah tangganya itu tidak berjaya.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *