Kuala Lumpur: Keputusan pelakon Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, memilih jalan untuk berdamai sekali gus menamatkan persengketaan mereka sejak dua minggu lalu turut meraih perhatian warganet.

Rata-ratanya menyokong tindakan Zarina atau Anju dan Khazrul untuk berbaik semula dan meneruskan kehidupan.

Tinjauan di TikTok Zarina mendapati ramai pengikutnya memberikan maklum balas positif berhubung tindakannya itu.

“Orang yang hebat adalah orang yang mampu menerima dan memaafkan, hebat Anju,” komen pengikutnya.

“Hati Anju mulia mudah memaafkan.”

“Alhamdulillah, kalau Anju jahat, keluarga bekas tunang tak akan datang jumpa family (keluarga) Anju”.

Itu antara komen pengikut Zarina, manakala pengikut Khazrul di TikTok turut melihatkan nada yang sama.

“Semoga datuk happy (gembira) dengan baby girl tersayang, comel sangat dan semoga dimurahkan rezeki”.

“Terbaik, move on (teruskan kehidupan),” komen seorang pengikut

“Alhamdulillah, semoga kedua pihak akan bertemu jodoh masing-masing”.

Dalam laporan terdahulu, persengketaan antara Zarina dah Khazrul, akhirnya menemui titik noktah selepas bekas tunangnya itu membuat permohonan maaf secara terbuka, semalam.

Menurut Zarina, dia berharap ‘perang’ yang berlaku antara mereka tidak akan bersambung lagi selepas ini kerana dia berhasrat hubungan silaturahim sesama mereka kembali jernih.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *