Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali mengakui dia kini sudah bersedia untuk berkahwin lagi selepas bercerai dengan bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Shakila Khoriri,

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin bin Alimudin berkata, dia sudah tidak takut lagi untuk dilambung ombak dan menerima sekiranya kembali bertemu jodoh.

Malah, penyampai radio berusia 33 tahun itu turut mengakui dia kini sedang berkasih dengan seorang wanita dikenali sebagai Tiz.

Menurut Fizi, hubungannya dengan usahawan tersebut menjadi akrab selepas bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian.

Bukan itu sahaja, bapa kepada seorang anak itu berkata dia tidak mempunyai masalah untuk berkahwin pada tahun ini memandangkan usianya juga kini semakin meningkat.
Dalam pada itu, Fizi meluahkan rasa syukur kerana wanita itu menerima baik statusnya sebagai duda anak seorang.

Bahkan, dia juga menerima banyak kiriman mesej daripada orang ramai yang meminta agar mereka segara mendirikan rumah tangga.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/fizi-ali-akui-dah-move-on-dari-shakila-khoriri-sedia-nak-kahwin-lagi-dengan-kekasih-baru/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *