Kuala Lumpur: Pengarah kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) Datin Elaine Daly, 45, lali dengan kecaman peminat dunia ratu cantik tempatan yang sentiasa mempersoalkan corak pengurusannya.

Elaine yang juga pelakon berkata, sejak memegang tampuk pengurusan MUMO, dia sentiasa berusaha melakukan evolusi positif terhadap organisasi itu dengan cara lebih profesional demi menjulang tinggi industri itu.

“Setiap tahun, kami berusaha menambah baik produksi termasuk pentas, kualiti peserta serta aspek lain dalam penganjuran jenama ratu cantik ini. Saya tahu saban masa netizen bukan gembira dengan kami.

Elaine yang berterusan menjadi mangsa kecaman pencinta ratu cantik tempatan akur tanggungjawabnya memang berat. Dia tahu betapa ramai yang harapkan dia mampu galas tugasnya lebih baik.

“Saya tahu ramai sekarang yang mempersoalkan pemilihan pemenang pertandingan ini saban tahun. Itu semua memang terpulang kepada juri, siapa pilihan mereka dan apa alasannya.

“Pada akhir nanti, saya sudah berikan yang terbaik sebagai pengarah kebangsaan, membawa jenama itu, pastikan peserta-peserta itu gembira dalam apa saja mereka lakukan,” katanya.

Semalam, industri ratu cantik tempatan mencetus kontroversi dengan kemenangan pengacara Lesley Cheam, 26, dinobatkan sebagai pemenang Miss Universe Malaysia 2022 sehingga mengundang hentaman dan kecaman pencinta ratu cantik.

Ini berikutan peserta paling diminati iaitu Ajunee Kaur, 20, sekadar memenangi tempat kedua.

Dia yang menjadi taruhan bukan saja di Malaysia malah pencinta ratu cantik sedunia terpaksa akur menjadi naib juara.

Kreadit : hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *