Pelakon yang tidak dimamah usia, Nasha Aziz baru-baru ini mencuri tumpuan warga maya apabila dia menjadi model untuk pertunjukan fesyen koleksi pakaian muslimah.
Menggayakan busana labuh berwarna turquoise, Nasha Aziz yang kini mencecah usia 51 tahun tampil cantik, dan wajahnya seperti tidak langsung dimamah faktor usia!
Kata netizen, Nasha seperti anak dara yang baru sahaja tamat persekolahan dan sememangnya layak digelar Primadona Nasha Aziz.
Dalam hantaran video yang dimuat naik oleh akaun ini, ramai netizen tampil memuji kecantikan asli selain ada juga yang mendedahkan rahsia awet muda pelakon filem Laila Isabella ini.

Terdahulu, Nasha memaklumkan hatinya sudah ‘disunting’ oleh seorang individu yang bukan berasal daripada industri seni.
SUMBER ASAL :- https://beautifulnara.com/tak-nampak-macam-umur-51-persis-anak-dara-netizen-kongsi-tips-nasha-aziz-awet-muda/