KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira mengucapkan tahniah kepada sahabatnya, Shahir Zawawi yang selamat bergelar suami kepada pengusaha butik, pada 2 September lalu.

Mendoakan moga mahligai dibina Shahir, 34, dan pasangannya, Jaskin Jaludin, 30, kekal ke syurga, Erra atau nama penuh, Fazira Wan Chek, 49, memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada hari istimewa itu.

“Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan dan sudah menjadi suami orang… Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Erra tidak dapat hadir ke majlis resepsi Shahir dan isteri disebabkan komitmen kerja. Foto IG Erra Fazira
Erra tidak dapat hadir ke majlis resepsi Shahir dan isteri disebabkan komitmen kerja. Foto IG Erra Fazira

“Erra terima jemputan tetapi minta maaf kerana tidak dapat hadir kerana ada kerja yang tidak dapat dielak,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Nazri Khan dan isteri, Datin Tuan Ernie Rossmerie Tuan Zahari di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Ketika kisah hubungannya dengan Shahir hangat diperkatakan, Erra mengaku rapat dan baik dengan penyanyi itu.https://www.youtube.com/embed/-kQ7vSpdP74

Malah, Erra mengaku masih mengekalkan hubungan baik dan berkomunikasi dari masa ke semasa dengan Shahir yang juga juara musim kelapan Akademi Fantasia (AF8).

Pada 2 September lalu, Shahir selamat diijabkabulkan dengan Jaskin yang berasal dari Tawau, Sabah dengan sekali lafaz di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.

Sementara itu, pada majlis resepsi Nazri Khan dan Tuan Ernie Rossmerie, Erra ditemani anak tunggal, Engku Aleesya Engku Emran yang berpakaian sedondon rona hitam.

Mengulas gurauan penyanyi diundang membuat persembahan pada majlis resepsi itu, iaitu Ziana Zain yang mengajak Erra mengekalkan status ibu tunggal hingga hujung usia, aktres jelita terbabit menidakkan perkara itu.

“Eh! Saya tak naklah hidup bersendirian. Kenapa nak kena ‘single’ kalau boleh hidup berdua?

“Tetapi kalau Allah sudah ditakdirkan hidup bersendirian selamanya, saya terima sahaja.

“Tapi kalau ada peluang untuk hidup berdua, mengapa tidak?” katanya.

Sementara itu, Aleesya yang berada di sisi Erra ketika sesi temubual bersama media tidak membenarkan ibu kesayangannya, berkahwin lain.

“Tidak,” katanya ringkas sambil menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada pertanyaan diajukan.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *