Baru-baru ini, tular satu ciapan di platform Twitter seorang pengguna mengeluh apabila mendapati harga tiket konsert penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Datuk Rossa tidak seperti apa yang dibayangkan.

Harga tiket konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada November ini telah meraih perhatian warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa melihat bertapa mahal harga tiketnya.

komen netizen
Bukan hanya kecewa, mereka turut membandingkan harga tiket konsert Rossa dengan penyanyi antarabangsa yang lain seperti Mariah Carey, dimana mereka merasakan jauh lebih murah dari yang ini.
Biarpun ramai yang merasakan harga tiket itu tidak masuk akal, ada yang beranggapan harga tiket RM5000 itu untuk diperuntukkan beberapa kerusi sahaja atas tujuan kebajikan, sama seperti konsert sebelum ini.

Sekadar info, diva Indonesia ini bakal mengadakan konsert Rossa 25 Shining Years pada 22 November 2022 di Plenary Hall, KLCC dan tiket dijual mulai harga RM218, RM358, RM488, RM1288, RM1800, RM4000 dan RM5000.

Sumber Asal :- https://beautifulnara.com/ni-dato-datin-bolehlah-pergi-ramai-mengeluh-tengok-harga-tiket-konsert-rossa-sampai-cecah-rm5k/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *