Kuala Lumpur: Tiket konsert penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian iaitu Rizky Febian Live In Kuala Lumpur habis terjual dalam tempoh kurang satu jam selepas dilancarkan jam 3 petang, hari ini.

Konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Oktober depan adalah kemunculan pertama penyanyi lagu Hingga Tua Bersama itu di sini. 

Pengurus The Jay  Events & Media, Shafik Jay selaku pihak penganjur berkata, Rizky yang juga pemuzik dan penulis karya

miliknya, pasti dinantikan seluruh peminat di sini.

“Dengan lebih 25 lagu solo termasuk duet yang pernah dilancarkan selain meraih pelbagai anugerah baik di Indonesia mahupun Asia, kedatangan pemilik lebih 13 juta pengikut di Instagram ini pasti akan memberi kepuasan kepada peminat.

“Kami melihat adalah penting untuk membawa pemenang Best Asian Artist Indonesia di MAMA Award 2020 ini ke Malaysia kerana dia mempunyai banyak peminat di sini.

“Selain itu banyak pencapaian yang dicapai sejak 2015 sehingga perlu melalui musim pandemik tetapi masih mampu berkarya membuatkan pihak kami percaya Rizky Febian akan memberikan yang terbaik buat peminat yang sudah lama ingin bertentang mata dan menyanyi secara langsung bersamanya,” katanya.

Rizky mula mencipta nama menerusi lagu Kesempurnaan Cinta pada 2015 bakal menyanyikan deretan lagu popular lain sepertu Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *