Kontroversi-kontroversi yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa waktu kebelakangan ini sama sekali tidak membuatkan pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berputus asa dalam bekerja.

Beli kereta baru

Dia yang dilihat sebagai wanita hebat terus maju kehadapan dengan gigih bekerja untuk keluarganya terutama anak-anak.

Menerusi perkongsian terbaru isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof, di Insta Story, dia telah memuat naik momen ketika mengambil kereta baru yang dibeli atas usaha gigihnya selama ini selepas mulai bekerja semula.

Melalui laporan dari Harian Metro, Puteri Sarah memaklumkan kereta tersebut merupakan kereta idamannya iaitu  jenis Mercedes-Benz A-Class  yang dibeli dengan harga kira-kira RM250,000.

Wang hasil titik peluh sendiri

Tambahnya, kereta berkenaan dibeli dengan wang titik peluhnya sendiri setelah kembali berlakon dan menjalankan perniagaan selepas hampir 5 tahun menjadi suri rumah.

“Alhamdulillah, selepas lima tahun menjadi suri rumah, saya bangkit dengan kembali bekerja. Sepanjang tahun lalu saya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itu dapatlah saya membeli kereta idaman sendiri.
Mungkin orang melihat ia biasa, tapi bagi saya ia cukup bermakna. Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu bercakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami.
Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, rasa terharu dan sebak dibuatnya. Tidak menjangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak,” katanya.

Bapa mentua pendorong utama kembali bekerja

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan bahawa bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam antara orang yang kuat memberikannya semangat untuk terus kembali bekerja dan tidak melayan kesedihan serta terperap sahaja di rumah.

Pelakon berusia 37 tahun itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan serta tidak putus mendoakan agar dia dan anak-anak dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Datuk pernah cakap buat apa saya nak terperap di rumah dan terus bersedih. Lebih baik keluar bekerja. Alhamdulillah, saya masih diterima baik dan tawaran berlakon tak pernah putus sampai sekarang.
Dalam masa sama, setiap apa yang saya usahakan mendapat sokongan semua. Terima kasih banyak kepada semua peminat dan orang ramai atas doanya yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Puteri Sarah kerap menjadi bualan ramai setelah dia mendedahkan bahawa wujud orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya.

Disebabkan ruang privasinya kerap diganggu, dia telah melakukan tindakan saman kepada ‘penyondol’ tersebut dan kes berkenaan masih lagi dalam proses mahkamah.

Sumber: Instagram Puteri Sarah LiyanaHarian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *