Genap seminggu dirinya dibebaskan daripada tahanan reman, pelakon Sharnaaz Ahmad akhir membuka mulut untuk menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia telah mengasari seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium minggu lalu.

Penjelasan mengenai isu yang melanda ini telah dijelaskan sendiri oleh tuan empunya badan di laman media sosial, Instagramnya dengan memuat naik satu video berdurasi 4 minit.

Di dalam video berkenaan, Sharnaaz menegaskan bahawa dakwaan dia telah menumbuk serta menendang individu berkenaan seperti yang dilaporkan oleh media itu sama sekali tidak benar.

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu tidak dapat melakukan sidang media seperti yang dijanjikan atas nasihat peguam serta pihak polis dan sebaiknya tunggu hingga pihak mahkamah mengeluarkan keputusan.

Tambahannya lagi, semasa insiden berlaku, dia menjadi saksi seorang penduduk iaitu pengadu sedang bergaduh dengan pengawal berkenaan, lalu dirinya cuba pertahankan guard terbabit kerana enggan individu seperti itu ditindas.

Sekadar info, minggu lalu kecoh di media sosial serta portal media membuat laporan seorang pelakon lelaki telah direman tiga hari kerana disyaki menumbuk, memijak dan menendang penduduk di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur pada 18 Jun.

SUMBER ASAL :- https://beautifulnara.com/itu-semua-karut-didakwa-tumbuk-tendang-guard-sharnaaz-ahmad-nafi-aniaya-orang/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *