PUTRAJAYA: “Apapun terjadi, Sharnaaz tetap bapa kepada Jebat Jayden,” katanya.

Begitu perkongsian bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila yang teguh menyatakan sokongan terhadap aktor berkenaan selepas terpalit dengan isu dakwaan memukul pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Segambut pada minggu lalu.

Kata Nabila, dia mengetahui perkara sebenar yang terjadi, namun tidak dapat membuka mulut berhubung isu berkenaan berikutan membabitkan pihak polis dan peguam

“Ketika mendengar berita ini, saya memang terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.

“Saya tahu apa yang jadi, tetapi saya tidak boleh komen. Ini kerana kes masih dalam siasatan polis dan membabitkan peguam.

“Memang Sharnaaz ada bercerita dengan saya. Apa yang ditulis dalam media sosial banyak yang ditokok tambah. Namun, sebagai bapa kepada Jebat, saya tetap sokong Sharnaaz dan berada di belakangnya.

“Saya beritahu Sharnaaz terus pandang ke hadapan dan menyatakan sentiasa menyokongnya,” katanya kepada BH Online.

Sharnaaz seorang bapa yang bertanggungjawab dan menjaga Jebat dengan penuh kasih sayang. - Foto IG Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz seorang bapa yang bertanggungjawab dan menjaga Jebat dengan penuh kasih sayang. – Foto IG Sharnaaz Ahmad

Nabila ditemui pada majlis pelancaran koleksi Naelofar X Disney, di sini, hari ini.

Selain itu, Nabila berkata, Sharnaaz seorang ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga Jebat dengan baik dan penuh kasih sayang.

“Sharnaaz bukan seperti yang disangka. Dia bertanggungjawab dan sayangkan anak.

“Saya berada di Phuket, Thailand sedang bercuti ketika Sharnaaz dibebaskan.

“Sharnaaz berjumpa dan menghantar videonya bersama Jebat kepada saya. Sharnaaz beritahu menitikkan air mata selepas tiga hari tidak bertemu Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz ditahan reman selepas didakwa menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Segambut, minggu lalu.

Bagaimanapun, pelakon filem Jebat itu dibebaskan dengan jaminan polis, Isnin lalu.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *