KUALA LUMPUR: Spekulasi kehamilan penyanyi Ernie Zakri terjawab apabila penyanyi bervokal mantap itu tampil menafikan perkara itu.
Percaya dengan rezeki, isteri kepada penyanyi Syamel ini berharap impian untuk segera menimang cahaya dimakbulkan Tuhan.
“Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai keinginan menimang cahaya mata. Kami juga memasang impian yang sama.
“Cuma apa yang boleh dikatakan, tolong doakan supaya segera diberikan rezeki menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga saya dan Syamel,” katanya kepada BH Online.
Ernie ditemui pada sidang media selepas majlis bacaan tahlil dan Yassin arwah ibu Syamel secara virtual, semalam.
Majlis dihadiri 100 tetamu dianjurkan khusus untuk arwah ibu Syamel, Allahyarham Wan Faaizah Karim, 55 yang menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09, Ahad lalu selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, sejak hampir sebulan lalu.https://ef530ccf1f4a934acfc876eece92363b.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Desas desus yang mengatakan penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu hamil disebabkan perubahan fizikal kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini.
“Sebelum ini, memang ada yang tegur apabila saya memuat naik video dengan mengatakan muka nampak tembam.
“Alhamdulillah, pipi ini berisi kerana suami saya suka air tangan masakan saya,” ujar Ernie sambil tertawa.
Sementara itu, Syamel tidak berhasrat merahsiakan berita kehamilan isteri jika perkara itu benar-benar terjadi.
“Kami tiada masalah untuk berkongsi jika betul isteri hamil. Kami sendiri akan berkongsi berita gembira kerana sangat mengharapkan doa yang baik-baik.
“Saya tidak akan merahsiakan perkara ini, pasti memaklumkannya pada masa yang sesuai,” janji penyanyi Lebih Sempurna ini.
Terdahulu, pasangan yang pernah meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu diijabkabulkan pada Mac lalu dalam majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Mereka bertunang, Ogos tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star, empat tahun lalu.
Kredit: Berita Harian