Bapa kepada penyanyi Siti Sarah yang kini sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU), Raisuddin Hamzah akui berasa sangat bimband dan sedih dengan keadaan anaknya.
Perkara tersebut dimaklumkan pengurus kepada Siti Sarah iaitu Nana namun dia memberitahu bapa Sarah memohon maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini.
Menurut Nana, Raisuddin yang juga merupaka seorang pelakon sedia maklum mengenai keadaan anaknya itu namun berharap agar media menghormati keputusannya untuk enggan dihubungi oleh sesiapa pun.
Ujarnya lagi, Raisuddin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan agar anaknya itu kembali sihat dan dikurniakan kesembuhan termasuklah mereka yang melakukan majlis bacaan Yassin.
Terdahulu, penyanyi lagu Kesetiaan itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa ditiarapkan berikutan terdapat darah beku di bahagian paru-paru.
Seumber : https://beautifulnara.com/bapa-siti-sarah-sedih-dan-bimbang-dengan-keadaan-anak-namun-enggan-ditemubual/