Nama Bella Astillah kembali menjadi perhatian selepas tular satu hantaran di media sosial yang mengandungi tuduhan serius terhadap dirinya.
Menerusi perkongsian tersebut, seorang pengguna meluahkan rasa terkejut dan tidak bersetuju dengan dakwaan yang dilemparkan, malah menyifatkannya sebagai keterlaluan.

“Weh teruk gilaaa tuduhan cakap @bellaastillah hs dgn jantan lain ??? Melampauuunyaaa . Siap cakap ada 800 prove ? Pls bella dok something , jgn senyap je . If u senyap org akan cakap benda ni betul . Kena pertahankan diri juga kalau tak dorang makin melampau ! Netizen yg benak for sure akan percaya apa dorang ni tulis haihhh”
Hantaran itu turut menggesa Bella agar tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan salah faham berterusan dalam kalangan netizen.