Kuala Lumpur : Disebalik kejayaan membina empayar perniagaan menerusi jenama D’Herbs tidak ramai yang mengetahui mengenai kisah hidup usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi penghasilan filem pendek berjudul Ya, Abah Saya Security sempena Aidilfitri, Aliff mendedahkan dia mengangkat antara kisah kehidupan yang pernah dilalui ketika kecil bersama arwah bapanya, Kamarzaman Kamaludin, yang suatu ketika dahulu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Aliff berharap jalan cerita menarik dan menyentuh jiwa itu mampu menjadi inspirasi kepada penonton.

“Filem ini lebih kepada dedikasi saya kepada arwah ayah yang meninggal dunia pada tahun 2019.

“Pada mereka yang masih mempunyai ibu bapa, jangan sesekali malu dengan pekerjaan mereka kerana daripada rezeki itulah kita dibesarkan,” katanya sambil berterima kasih pada seluruh pasukannya dan produksi Tangerine Films KL kerana berjaya mengadaptasi naskhah itu dengan baik.

Datuk Seri Aliff Syukri. Foto Ahmad Ukasyah
Datuk Seri Aliff Syukri. Foto Ahmad Ukasyah

Tambahnya, dia turut berkongsi rasa ralat yang masih terpendam apabila mengenang detik terakhir bersama bapanya.

Kesibukan menguruskan perniagaan membuatkan dia tidak sempat meluangkan masa secukupnya dengan insan yang banyak berjasa dalam hidupnya itu.

Justeru dia berharap naskhah itu dapat menyampaikan mesej yang memberi impak kepada masyarakat.

Filem pendek Ya, Abah Saya Security berkisar kepada kehidupan seorang kanak-kanak bernama Syukri yang masih di bangku sekolah rendah.

Syukri berdepan konflik emosi apabila berasa malu dengan pekerjaan bapanya sebagai pengawal keselamatan. Namun seiring waktu, dia akhirnya menyedari bahawa pekerjaan itulah yang menjadi sumber rezeki untuk membesarkan mereka sekeluarga.

Barisan artis popular tanah air turut menjayakan filem pendek berkenaan antaranya Azhan Rani, Mikael Noah, Niezam Zaidi serta Megat Shahrizal.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *