Kuala Lumpur: Media sosial hari ini heboh dengan penularan video memaparkan pasangan selebriti, Mona Allen dan Pekin Ibrahim yang didakwa meraikan sambutan Hari Krismas.

Dalam video yang dirakam dari siaran langsung akaun TikTok Reenazach itu, kelihatan pasangan selebriti itu meraikan sambutan perayaan itu di sebuah majlis makan.

Beberapa tetamu yang hadir turut mengenakan topi Santa Claus dan bertukar hadiah.

Dalam video yang diulang muat naik oleh pemilik akaun TikTok elyanasufi, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan Mona yang tidak bertudung.

Dia meluahkan rasa kecewa apabila ada individu secara terang-terangan menyertai perayaan Hari Natal kerana umat Islam tidak boleh meraikan perayaan itu.

“Di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita doa mereka dikurniakan taifiq hidayah oleh-Nya,” tulisnya.

“Mona Allen dah free hair (tidak bertudung) ke?” tulis seorang netizen dalam ruangan komen.

“Dah lama unfollow Mona Allen ini sejak dia buat status nak free hair balik. Sejak dari itu, saya unfollow,” tulis seorang wargamaya.

Harian Metro sedang berusaha mendapatkan komen daripada Mona Allen, namun panggilan telefon tidak dijawab, manakala kiriman WhatsApp hanya bertanda biru (blue tick).

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *