Kuala Lumpur: Pengarah filem Banduan, Kroll Azry terkejut melihat stadium di Chennai, India penuh dengan penonton hanya untuk menyaksikan pelancaran thriller filem Tamil popular, Coolie lakonan Rajnikant dan Aamir Khan.

Menurut Kroll, hanya pelancaran thriller dan bukan tayangan gala untuk filem, namun penonton sanggup hadir beramai-ramai ke stadium beratur dan ada juga yang sampai bergaduh-gaduh nak masuk (stadium).

“Di luar itu saya nak masuk berasak walaupun ada polis mengawal. Saya pegang tiket, tapi ada juga warga tempatan India datang kepada saya untuk meminta menjual tiket saya kepada mereka.

“Sebab nak tengok, taksub sangat. Bila keluar Rajnikant, memang tak tahu nak cakap apa sebab mereka semua dalam stadium itu bangun, bersorak dan bertepuk tangan walaupun masing-masing berusia.

“Memang lain, memang lain suasananya. Jadi saya dapat tengoklah, tapi saya tak akan pergi lagi. Cukuplah untuk sekali. Tapi, dia punya penangan itu memang luar biasa.

“Hanya tayangan thriller dua minit dengan sedikit audio muzik berkaitan runut bunyi (OST) filem Coolie itu. Kemudian, nama satu-satu pelakon dipanggil keluar dan semua orang bersorak.

“Dua jam jugalah saya dalam stadium yang bersesak dengan orang itu dan pengalamannya sukar digambarkan. Cukuplah sekali,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Kroll, penerimaan masyarakat terhadap industri perfileman di India itu memang jauh dengan Malaysia kerana mereka terlalu taksub dan begitu fanatik.

Ujarnya, mungkin itu kebudayaan mereka yang sudah biasa, tetapi sebagai orang luar dia tidak menafikan tahap industri seni di India berada pada peringkat tinggi di hati masyarakatnya.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *