DJ dan personaliti media sosial, Nathalie Holsher berkongsi perkembangan terbaharu mengenai kesihatannya selepas sebulan menjalani pembedahan bariatrik di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Bekas isteri pelawak terkenal Sule itu meluahkan rasa puas hati apabila berat badannya menurun sebanyak lapan kilogram dalam tempoh sebulan selepas prosedur tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Nathalie Holscher (@nathalieholscher)

Sudah turun lapan kilogram. Alhamdulillah saya puas hati kerana baru sebulan buat bariatrik.

Menurut Nathalie, keputusannya untuk menjalani pembedahan itu bukan semata-mata demi penampilan, tetapi kerana sering menjadi mangsa body shaming dan ejekan di media sosial.

Saya potong usus kerana selalu dibuli. Ada yang kata badan saya macam badak air. 

Jadi ia bukan hanya tentang menjaga penampilan tapi ‘melawan’ ejekan ‘ibu-ibu’ di Facebook.

Sejak menjalani pembedahan, Nathalie mengakui sangat berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan gaya hidup.

Pada awal selepas pembedahan, saya hanya mengambil makanan lembut seperti bubur dan hanya minum susu.
 Tapi kini sudah boleh makan nasi atau makanan keras.

Sebelum ini, Nathalie pernah berkongsi tentang perjuangannya menurunkan berat badan dan kesan emosi akibat kritikan netizen mengenai bentuk tubuhnya selepas melahirkan anak. Kini, dia dilihat semakin positif dan fokus terhadap perjalanan kesihatannya.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *