Kuala Lumpur: Pelakon dan model Zahnita Wilson, 40, menarik semula keputusannya untuk menutup perniagaan bakerinya di Seri Kembangan, Selangor selepas meluahkan hasrat mahu menghentikan operasi, kelmarin.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkata, faktor keletihan menyebabkan dia hampir putus asa, namun semangat muncul kembali atas pertolongan pengurusan kedai.

“Saya nak ambil peluang ini untuk jelaskan. Saya boleh pastikan kedai bakeri tidak akan ditutup. Pihak pengurusan selesaikan dengan lancar. Saya merasakan ‘burnout’, namun tidak akan putus asa.

“Saya hanya akan ambil masa untuk berehat daripada bisnes ini bagi berfikir dan mendapatkan semula semangat,” katanya.

Dalam video terdahulu, Zahnita yang sudah mengendalikan perniagaan itu selama lebih lima bulan mengakui bukan mudah dan menuntut banyak pengorbanan.

Malah, dia juga mendedahkan terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan dalam satu masa sekali gus menzahirkan penghargaan kepada pelanggan yang menyokong perniagaannya sejak mula beroperasi.

“Terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong saya selama ini. Saya sangat menghargainya,” katanya.

Perniagaan Zahnita Humble Pie itu mula beroperasi hujung tahun lalu dari rumah, sebelum berkembang membuka kedai pada 1 Jun lalu berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Difahamkan, Zahnita menceburi bidang perniagaan untuk menampung kehidupan selepas berdepan kemelut rumah tangga.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *