Kuala Lumpur: Penerbit, Datuk A Aida kini dibenarkan pulang selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan sejak 25 September lalu.

Perkara itu dikongsikan anaknya, Azeva Nastassha menerusi satu hantaran di Instagram Story semalam.

“Mama dah dibenarkan pulang, Alhamdulillah. Terima kasih atas doa semua.

“Sekarang dia perlu berehat (bersama anak kesayangannya) untuk beberapa bulan sebelum kembali berdiri sendiri tanpa bantuan,” tulisnya.

Tambah Azeva, doktor juga meluahkan rasa kagum dengan kemajuan kesihatan yang ditunjukkan Aida.

“Kata doktor, situasinya sangat luar biasa dan semuanya berkat doa semua. Saya sangat berterima kasih kepada semua,” tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar terbaharu Aida yang sedang disorong di atas kerusi roda.

Terdahulu, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, dilaporkan mendapat rawatan lanjut di ICU akibat rebah selepas melakukan fisioterapi pada 25 September lalu.

Dia bagaimanapun mula sedar beberapa hari kemudian dan dipindahkan ke wad biasa untuk pemantauan rapi doktor.

Sebelum itu pemilik A Aida Production itu menjalani pembedahan lutut pada Selasa, 23 September lalu.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *