Kuala Lumpur: Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, 41, amat bersimpati dengan insiden menimpa penyanyi Amad, yang rebah sebelum selesai membuat persembahan dalam Grand Finale Talk To My Manager (TTMM), semalam.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata bapa tiri Amad sempat menghubunginya dalam keadaan cemas untuk meminta pertolongan dapatkan seorang pengamal perubatan Islam yang dikenalinya.

“Sewaktu Auddra buat persembahan tiba-tiba Idan (panggilan bapa tiri Amad) hubungi saya ketika itu masih siaran langsung. Dia tanya pasal kawan saya yang Ustaz dan beritahu keadaan Amad tidak baik.

“Saya terkejut dan bila beritahu Saerah dia terus cemas. Jadi bila Auddra habis buat persembahan saya terus ke belakang dan lihat keadaan Amad memang saya sedih dan bersimpati,” katanya.

Shuib berkongsi dia menjenguk Amad di belakang pentas sebaik anak Saerah itu selesai membuat persembahan dan memberitahu keadaannya memang agak merisaukan.

“Bila habis persembahan saya dan Saerah pergi ke belakang pentas lihat keadaan dia, memang kasihan. Kasut dan baju dia sudah dibuka untuk beri ruang bernafas.

“Pasukan perubatan pun ada ketika itu dan bila diperiksa semuanya dalam keadaan baik saja,” katanya.

Shuib juga tidak terkejut kejadian menimpa Amad itu ada kaitan dengan gangguan mistik kerana berdepan situasi serupa ketika arwah isterinya, Siti Sarah, bertanding di pentas sama menerusi program Gegar Vaganza (GV).

Namun dia percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan ia juga akan menjadi pelajaran buat orang ramai.

“Tapi saya tidak terkejut sangat dengan tempat ini sebab saya pun ada peristiwa mendukung Siti Sarah di sini. Saya harap Amad tidak putus asa, rezeki dia murah sebab orang buat dia macam itu mesti ada hikmah,” katanya.

Semalam, Amad atau nama sebenarnya Ahmad Dayyan tiba-tiba pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir di pentas TTMM.

Dia dilihat tidak bermaya sebelum diangkat oleh pengurus lantai (floor manager) dan dibawa ke belakang pentas oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *