Kuala Lumpur: Filem aksi yang mencetus fenomena, Blood Brothers: Bara Naga mengungguli pencalonan di Festival Filem Malaysia Ke-34 (FFM34) menerusi 13 kategori pada acara anugerah berprestij itu.

Antara kategori pencalonan ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (tiga pencalonan), Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem terbitan bersama Skop Productions dan Primeworks Studios (PWS) ini turut dicalonkan dalam kategori Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Rekaan Kostum/Busana Terbaik.

Manakala filem lain yang mendapat pencalonan Top 5 ialah Takluk: Lahad Datu dengan 12 kategori, diikuti Soloz: Game Of Life (11), Kahar: Kahar Kapla High Council (10), Reversi (9) dan Babah (9).

Video Player is loading.PlayNextUnmuteCurrent Time 0:00/Duration 1:06Loaded: 48.05%FullscreenBackward Skip 10sPlay VideoForward Skip 10s

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Ni Ching ketika mengumumkan senarai Top 5 berkata, kejayaan filem Blood Brothers: Bara Naga mendominasi pencalonan kategori di FFM34 amat luar biasa.

“Begitu juga dengan beberapa filem lain yang terpilih bersaing dalam Top 5 di mana kesemua pencalonan itu mengetengahkan genre berbeza dan ini merancakkan persaingan kemuncak FFM34.

“Pemenang bagi kategori Filem Terbaik akan menerima hadiah geran melalui Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta sebagai pemangkin semangat untuk berkarya,” katanya pada malam pengumuman Top 5 FFM 34, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman; Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Hadir sama, Presiden Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (Gafema) Pansha.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Beto Kusyairy tercalon menerusi filem Reversi, Qi Razali (Babah), Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee).

Manakala, kategori Pelakon Wanita Terbaik pula ialah Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofea Jane (Mencari Ramlee), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu), Maya Karin (Telaga Suriram) dan Sweet Qismina (Babah).

Malam kemuncak FFM 34 akan berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri pada 1 November depan dan turut disiarkan secara langsung di saluran TV2.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *