Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Hairul Azreen meluahkan rasa syukur kerana capai impian membawa isteri dan anak-anaknya ke Equarius Ocean Gate, Sentosa Spore, Singapura.
Dapat dilihat melalui perkongsian pelakon itu di platform Instagram, kelihatan isterinya, Hanis Zalikha dan anak-anak teruja melihat keindahan serta kemewahan hotel yang diduduki kerana dapat melihat pemandangan ‘mini aquaria’ di dalam bilik.

Sebelum kahwin, saya pernah muat naik salah satu impian saya suatu hari nanti. Hari ini bersama keluarga. Impian tercapai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta tumpang gembira melihat keluarga kecil diberi rezeki untuk menetap di hotel mewah itu.


Source :