Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memberikan jawapan penuh teka-teki berhubung soal perkahwinannya dan juga penyanyi Amira Othman yang sering dikaitkan dengan Fattah Amin.

Menerusi satu video live yang dimuat naik di platform TikTok, Hael dilihat tersenyum dan malu-malu apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya oleh penyanyi lagu Hati-Hati itu.

Ketika ditanya oleh Amira bila mahu mendirikan rumah tangga, Hael menjawab secara ringkas:









Amira tanya bila nak kahwin? Maybe, lepas dia. Very soon kan Mira, kalau lepas Mira maksudnya..
Jawapan itu secara tidak langsung mencetuskan spekulasi dan keterujaan netizen yang rata-rata mendoakan agar urusan kedua-duanya dipermudahkan.
Please la jadi betul-betul, sweet gila!
Macam dah tak sorok dah, kita doakan yang baik-baik je.

Sebelum ini, Amira dan Fattah amin sering menjadi perhatian kerana keserasian dan momen mesra mereka yang tular di media sosial, meskipun kedua-duanya belum pernah mengesahkan secara rasmi status hubungan mereka.

Manakala Hael sering diusik peminat tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *