Shah Alam: “Nervous (gementar),”.

Demikian jawab ringkas pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall atau Situ Suriani Wahiddin, 26, ketika ditanya mengenai perasaannya untuk sebutan pertama pengesahan perceraian dengan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus yang akan berlangsung pagi ini.

Siti yang hadir sekitar jam 9.30 pagi berkata dia berserah dan akan memberikan komen lanjut selepas selesai dengan sebutan pertama ini.

“Kita tengoklah kejap lagi macam mana. Kita berserahlah,” katanya kepada Harian Metro.

Siti yang ditemani keluarga termasuk ibu dan abang, Khairul Nizam Wahiddin kelihatan tenang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi ini.

Sementara itu, Aiman, yang hadir 9.19 pagi juga kelihatan tenang hadir dan menjawab pertanyaan media ketika disapa.

“Kita tengok perbicaraan dulu. Nanti saya beritahu,” katanya.

Terdahulu, Aiman memfailkan tuntutan pengesahan perceraian 22 Mei lalu susulan lafaz cerai yang tular di media sosial dan berlaku pada 11 Mei 2025.

Terdahulu, pada 11 Mei 2025, berlaku ketegangan antara Aiman dan Siti dan tindakan Aiman melafazkan talak kepada Siti disaksikan lebih 25,000 penonton yang sedang menonton siaran langsung di media sosial Siti.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *