Dua nama besar dalam muzik alternatif, Noh Salleh dan Insomniacks bakal memeriahkan persembahan malam penuh emosi pada Perayaan Patahati Universe yang akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka (PBM), Melaka pada 23 Ogos depan.

Mengangkat tema kesihatan mental dan pemulihan emosi, konsert edisi sulung anjuran Patahati Universe ini membawa tagline “Himpunan Warga Patahati” menawarkan pengalaman ‘healing’ melalui muzik, visual dan suara yang menyentuh jiwa.

Menurut Pengarah Projeknya, Cassandra, persembahan hampir tiga jam itu dirangka sebagai perjalanan emosi penuh makna.

“Konsert ini adalah pelukan hangat buat hati yang pernah retak. Melodi jadi ubat, lirik jadi penawar. Ia dicipta untuk mereka yang sedang mencari kekuatan, walaupun pernah dilukai,” katanya.

Selain Noh dan Insomniacks, barisan artis yang turut menghiburkan peminat adalah kumpulan Cherpen, Kucaimars serta Rijeu sebagai aksi pembuka tirai.

Persembahan juga akan diselang-seli dengan tayangan drama pendek dan suara latar daripada pempengaruh TikTok, Motivasi Fiq Sam.

NOH hiburkan peminat Melaka. - FOTO Arkin NSTP
NOH hiburkan peminat Melaka. – FOTO Arkin NSTP

Konsert ini turut mendapat kerjasama PBM dan Tourism Melaka sebagai rakan strategik. PBM mampu memuatkan 1,500 penonton dilihat venue tepat sebagai lokasi pilihan konsert.

Lebih istimewa, penonton yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 23 Ogos bakal diraikan secara khas menerusi segmen Hari Lahir Istimewa Warga Patahati Universe, menjadikan konsert ini lebih peribadi dan bermakna.

Menariknya, tema pakaian juga diperkenalkan ialah pemilihan warna putih untuk yang masih mencari cinta, hitam bagi mereka yang sudah berpasangan dan merah bagi yang sedang merawat hati terluka.

Tiket menyaksikan konsert boleh didapati di laman web ilassotickets dan dijual bermula RM109 hingga RM196.

KONSERT Perayaan Patahati Universe berlangsung di PBM, Melaka
KONSERT Perayaan Patahati Universe berlangsung di PBM, Melaka

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *