Suami kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Cyril Kongo meraih perhatian dengan gelagatnya yang menghiburkan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, penyampai radio, Sharifah Shahira berkongsi momen adiknya Sharifah Sakinah dan Cyril yang mengunjungi kediamannya.

Pada video berdurasi 30 saat itu, kebanyakan netizen menyamakan rupa paras dan gaya Cyril Kongo seperti penyanyi rock lagenda, Datuk Awie.
Perkongsian itu meraih lebih 170 ribu tontonan di aplikasi TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat penampilan suami kepada pelakon berusia 36 tahun itu yang seiras pelantun lagu ‘Di Penjara Janji’. Selain itu, warganet turut seloroh mengatakan Cyril Kongo memiliki personaliti ‘masuk air’.
Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *