Pelakon dan usahawan, Izara Aishah meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pempengaruh yang berperangai biadab dan tidak menghormati orang awam.
Menerusi satu hantaran di Threads, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham menegur sikap segelintir pempengaruh yang disifatkan terlalu meninggi diri.

Dia kerap ‘flex’ jam tangan, perhiasan dan beg pochette berjenama tiruan dan jeling kepada orang sekeliling. Sangat tidak menghormati orang dan rasa diri tu tinggi.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang tampil berkongsi pengalaman berdepan dengan individu berperangai serupa.
Source :