Kuala Lumpur: “Umur kita semua pun pendek. Rasanya kematian selalu memberikan saya muhasabah diri untuk berubah,” kata pelakon Natasha Hudson, 42.

Natasha berkata demikian ketika ditanya penampilannya yang kembali berhijab dan mendapat perhatian netizen di media sosial.

Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson berkata, dia juga sudah lama memasang niat untuk kembali berhijab.

“Alhamdulillah, sebenarnya, saya sudah lama memasang niat dalam lubuk hati ini untuk berubah. Tanda-tanda itu memang sudah ada tapi saya tidak rancang dan ia berlaku dengan sendirinya tanpa paksaan.

“Saya juga banyak berdoa pada Hari Arafah tahun ini dan pada hari lahir anak saya, Kaia pada 6 Jun lalu. Saya juga minta anak-anak dan kawan baik untuk doakan kerana sistem sokongan sangat penting,” katanya kepada Harian Metro.about:blank

Mengenai penghijrahannya lagi, kata pelakon filem Chermin itu, dia juga banyak muhasabah diri dari mereka yang berada di sekelilingnya.

“Orang yang berada di sekeliling banyak membantu saya muhasabah diri kita sebagai hamba Allah SWT yang lemah.

“Kalau kita tidak ‘audit’ diri tak mungkin terbuka juga tapi kita hanya mampu berdoa untuk merendahkan diri, berserah, memaafkan orang dan diampunkan Allah.

“Bila Allah gerakkan hati kita hanya dengan satu jentik tapi seribu makna,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Natasha mengenai penghijrahan dan penampilannya yang kembali berhijab mencuri perhatian dan mendapat pujian netizen di media sosial.

Sebelum ini, penampilan Natasha tanpa bertudung ketika di Cherating, Pahang hangat diperkatakan netizen pada 2022. Pada masa sama, penampilan Natasha yang berniqab turut mendapat perhatian netizen di media sosial pada 2016.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *