Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Fizo Omar iaitu Wan Maryam telah mendapat perhatian netizen semasa melakukan sesi siaran langsung bersama ibunya, Mawar Karim di TikTok.

Menerusi potongan video yang dimuat naik, Maryam merasakan seolah-olah mendapat kurang perhatian daripada bapanya sejak pelakon itu berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai dan dikurniakan tiga anak bersama isteri barunya.

Menurut Maryam, dia terasa seperti bapanya sudah tidak menyayanginya seperti dulu.

Maryam tengok macam daddy (Fizo) tak sayang.

Daddy ada ramai anak tapi anak sulung daddy rasa macam daddy dah tak sayang dia lagi.

Hantaran tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memahami luahan hati Maryam, kanak-kanak berusia lapan tahun itu.
Untuk info, Maryam ialah anak hasil perkahwinan terdahulu Fizo Omar bersama usahawan Mawar Karim. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2013 sebelum bercerai pada 2019.

Fizo kemudian berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai pada Oktober 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, Wan Umaira dan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan seminggu lalu.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *