Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak, 41, menyerahkan soal jodoh kepada Allah ketika ditanya mengenai hubungan rapatnya dengan penyanyi, Nine Phyne Ballerz.

Elliza bagaimanapun terbuka untuk mana-mana individu yang ingin mengenalinya dengan lebih rapat.

“Bab jodoh ini, kita serahkan kepada Allah saja. Doakan yang baik-baik untuk kami. Kamu ada jodoh, adalah. Kalau sebaliknya, mungkin jodoh kami dengan orang lain.

“Selagi saya tak sahkan apa-apa, saya masih terbuka pintu hati untuk berkenalan dengan sesiapa yang ingin mengenali saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elliza yang bercerai tahun lalu, dia juga tidak menolak sekiranya ditakdirkan untuk bertemu jodoh baharu.

“Saya tak menolak sekiranya Allah takdirkan saya untuk bertemu jodoh lagi selepas berdepan kegagalan dalam perkahwinan pertama sebelum ini,” katanya.

Berkongsi mengenai Nine yang juga rakan perniagaannya, Elliza tidak menafikan bahawa penyanyi itu memiliki sifat-sifat seorang lelaki budiman.

“Dia ada ciri-ciri lelaki budiman kerana dia seorang yang penyayang, bersopan santun dan sentiasa menjaga saya.

“Dia sentiasa berpesan kepada saya, walau apa pun berlaku, jangan risau sebab dia akan sentiasa ada bersama saya,” katanya.

Terdahulu, Nine juga pernah memberikan kenyataan berhubung keakraban mereka dan mengaminkan setiap doa untuk hubungan mereka.

Terdahulu, Elliza pernah berkahwin dengan Khairul Adzwan Nasir atau Joe pada 11 November 2011 sebelum bercerai tahun lalu.

Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ellisya 11, dan Emmir, 9.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *