Melalui laporan sebuah portal hiburan, pelakon, Haneesya Hanee dikatakan sudah melupakan isu layanan buruk oleh sebuah butik pakaian ketika dirinya berhasrat untuk memohon tajaan bagi wardrobenya untuk drama Aku Bukan Ustazah musim 2.
Boleh ‘bankrup’ beli jumpa banyak-banyak
Kata Haneesya, niatnya mahu meminta tajaan kerana secara tidak langsung dia boleh mempromosikan pakaian tersebut ketika tampil di dalam drama berkenaan.
Mustahil untuk saya beli baju abaya sendiri sebab banyak babak dalam drama ini perlu pakai abaya. ‘Bankrup’ saya kalau nak beli baju abaya untuk semua babak.

Menurut pelakon itu, sepasang baju jubah sudah mencecah hingga RM500, jadi banyak wang yang perlu dikeluarkan jika tidak ada tajaan.
‘Win-win situation’
Bersyukur dengan rezeki yang diberi, Haneesya yang memegang watak Sally berkata banyak butik yang sudi menajanya selepas isu sebelum ini tular.
Saya cuma kesal dengan layanan yang diberikan, mungkin orang itu tidak tahu untuk kegunaan sebenar. Niat saya cuma mahu bantu baju dia masuk TV sahaja. Apa pun saya sudah lupakan perkara itu, tiada mana-mana pihak pun yang salah.