Kuala Lumpur: Pelakon, Azhan Rani, 49, mengaku berat hati setiap kali terpaksa meninggalkan ibunya, Salmah Budin yang semakin uzur seorang diri di rumah, terutama dalam tempoh yang lama.

Azhan berkata, ibunya kini berusia 79 tahun dan menghadapi beberapa masalah kesihatan termasuk tekanan darah rendah serta risiko tinggi untuk diserang angin ahmar pada bila-bila masa.

“Ibu saya sekarang semakin uzur dan berat badannya sekarang hanya 29 kilogram.

“Melihat keadaannya, memang timbul rasa bimbang dan serba salah untuk keluar bekerja. Tapi dalam masa sama, saya tetap perlu mencari rezeki untuk kelangsungan hidup kami,” katanya.

Azhan berkata, dia sentiasa berusaha membahagikan masa sebaik mungkin agar dapat menjaga ibunya sambil memenuhi tuntutan kerjaya sebagai pelakon.

“Walaupun berat hati, saya bekerja kerana mahu memberikan kehidupan yang selesa buat ibu. Kalau saya tak keluar bekerja, siapa pula yang nak tanggung segala perbelanjaan kami?

“Apa yang saya mampu, itulah yang saya berikan. Saya berpegang pada janji pada diri sendiri, selagi ibu masih hidup, saya akan terus berkhidmat dan menjaganya sampai akhir hayat,” katanya.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *