Kuala Lumpur : Model dan pempengaruh media sosial, Ameera Khan, 24, meluahkan rasa kurang senang terhadap dakwaan melampau netizen yang menyentuh hal peribadinya, termasuk tuduhan menjalin hubungan intim dengan kekasih, menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, tampil memberi respon negatif netizen mengenai hubungannya dengan kekasih yang juga pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

“Kami ‘sleep call’ hampir setiap malam. Walaupun tak tidur, kami sentiasa berhubung. Panggilan jarang terputus,” kata Ameera juga adik kepada selebriti popular, Neelofa.

Pada penghujung hantarannya, dia turut menegur netizen agar berfikir terlebih dahulu sebelum mengajukan sebarang soalan.

“Kak, usia dah matang jadi eloklah elakkan tanya soalan yang tidak wajar atau nampak kurang bijak, ya?,” ujarnya menjawab pertanyaan netizen ‘Dah sleep dengan J?’.

Ameera dan kekasihnya masih menjalinkan hubungan cinta walaupun sebelum ini timbul spekulasi mengenai hubungan mereka yang sudah menemui tanda noktah.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *