Tiga penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin akan kembali bersiaran esok selepas digantung tugas selama sebulan susulan kontroversi video tarian yang dikaitkan dengan isu agama.

Menurut pengumuman di Instagram Era FM, mereka akan menyambung semula tugas dalam segmen 3 Pagi Era bermula Isnin, 7 April jam 6 pagi.

Kepulangan mereka turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang menyatakan keterujaan di ruangan komen.

Sepanjang penggantungan, segmen tersebut diisi oleh Munabella, Namie, Sharifah Shahirah dan Haziq Husni.

Walaupun insiden itu mencetuskan kritikan hebat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn. Bhd., pengendali Era FM, tidak digantung.

Namun begitu, syarikat tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025) kerana memuat naik kandungan jelik melampau di akaun TikTok rasmi Era FM.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *