Jakarta: Penampilan terbaharu penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila wajahnya kelihatan begitu berbeza dan hampir tidak dikenali.

Malah pengguna media sosial terkejut dengan perubahan drastik pada wajah penyanyi lagu Ku Bahagia itu menerusi satu hantaran foto menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Rata-rata netizen membuat spekulasi dengan mendakwa Melly baru menjalani pembedahan plastik atau prosedur kecantikan seperti suntikan botox.

“Gagal pembedahan plastik ke ni? Nak senyum pun nampak susah,” tulis seorang netizen.

“Melly seperti baru lepas jalani pembedahan. Mukanya masih bengkak,” kata pengikutnya.

“Kenapa mukanya sudah berubah,” ujar seorang lagi pengikut.

Setakat ini Melly atau pihak pengurusannya belum memberi maklum balas mengenai penampilan terbaru penyanyi itu.

Biarpun ramai yang terkejut dengan perubahan wajah Melly, namun ia bukan satu kejutan besar bagi peminat setianya.

Sebelum ini, Melly pernah secara terbuka mengakui menjalani beberapa prosedur kosmetik demi memperbaiki penampilannya. Antara prosedur yang pernah dilakukan oleh Melly termasuk Buccal Fat Removal, iaitu pembedahan membuang lemak pada bahagian pipi untuk menghasilkan wajah yang lebih runcing pada tahun 2020.

Selain itu, pada tahun 2022, Melly turut menjalani pembedahan bariatrik iaitu prosedur perubatan untuk membantu menurunkan berat badan.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *