Ramlah Zainalam@hmetro.com.my

Serdang : Sempena sambutan Aidilfitri ini, Farm Fresh tampil dengan kelainan menerusi video raya pendek terbaru berjudul ‘Bawa Balik Yang ‘Itu’.

Video yang diterajui pelakon Fadhli Masoot dan Shasha Abedul ini memaparkan kisah anak muda yang berusaha mencari sesuatu yang diinginkan oleh ibunya untuk menyempurnakan suasana raya mereka.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, pihaknya memang menghasilkan video raya hampir setiap tahun untuk memeriahkan sambutan musim perayaan.

“Pada tahun lalu, kita hasilkan video raya sedih dan saya lakonkan karakter samseng dalam video berkenaan.

“Tahun ini, saya jadi bapa pula dalam video raya, ‘Bawa Balik Yang Itu’ sekali gus mewakili jenama Farm Fresh.

“Bila orang tengok muka saya, mereka tahu ini jenama Farm Fresh. Kalau di luar, orang panggil saya ‘Bos Susu’ dan pakcik Farm Fresh,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan tayangan video raya Farm Fresh, ‘Bawa Balik Yang Itu’ di The Acre By Farm Fresh di sini.

SERDANG 19 MAC 2025. Pengarah Farm Fresh, Azmi Zainal pada majlis tayangan ekslusif iklan Raya Farm Fresh “Bawa Balik Yang Itu” di The Acre by Farm Fresh, Serdang. STR/HAZREEN MOHAMAD
SERDANG 19 MAC 2025. Pengarah Farm Fresh, Azmi Zainal pada majlis tayangan ekslusif iklan Raya Farm Fresh “Bawa Balik Yang Itu” di The Acre by Farm Fresh, Serdang. STR/HAZREEN MOHAMAD

Mengenai video raya lagi, kata Azmi, judul video raya terbaru itu menarik tetapi apakah ‘itu’ yang sebenarnya dimaksudkan?

“Kisah penuh tawa dan kejutan yang ditampilkan dalam video raya ini mengetengahkan kepentingan hubungan kekeluargaan dan momen istimewa yang hanya dapat dirasai bersama orang tersayang.”

Menariknya, Farm Fresh turut menampilkan elemen klasik kumpulan Marhaban yang dianggotai barisan artis veteran seperti Datuk Yusni Hamid, Norlia Ghani, Mak Wan Latah, Salimah Mahmood, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.

“Persembahan marhaban juga diolah menjadi persembahan muzikal untuk mewarnai lagi iklan raya ini,” katanya.

Ditanya sasaran pada video raya terbaru itu, kata Azmi, pihaknya yakin ia akan dapat memasuki carta ‘Top 10’ video raya pada tahun ini.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *