Kuala Lumpur: Biarpun baru berusia tiga tahun, namun kelancaran anak sulung kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal membaca surah al-Fatihah dihujani komen positif.

Ketika Neelofa menjelaskan mengenai hadiah al-Quran pemberian pempengaruh, Betty Rahmad, kedengaran Bilal pula bersungguh-sungguh membaca surah lazim itu.

Walaupun wajah Bilal tidak kelihatan dalam video itu, namun bacaan sambil jari jemarinya ligat berlegar di muka surat surah lazim itu membuatkan ramai teruja.

Rata-rata pengikut memuji didikan Neelofa serta suaminya PU Haris yang berjaya mendidik kanak-kanak itu sehingga mampu membaca surah terbabit dengan baik.

Malah ada netizen yang mendakwa sebutan Bilal membaca surah lazim itu seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah.

Tidak hanya itu, ada juga pengikut yang meminta agar Neelofa untuk memuat naik video Bilal mengaji dengan kerap.

“Sebutan (makhraj) Bilal macam umurnya sudah sembilan, 10 tahun. Bagus mak ayah didik dari kecil,” tulis pengikut laman TikToknya.

“Tengok anak dia baca al-Fatihah bagusnya,” kata pemilik akaun lain.

“Masya-Allah pandainya Bilal baca surah al-Fatihah. Semoga menjadi anak yang soleh,” kongsi seorang peminat.

Selain Muhammad Bilal, perkahwinan pasangan popular yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 itu turut dikurniakan seorang lagi putera iaitu Abdullah Abbas, 2.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *