Kuala Lumpur: Raja K-Pop, G-Dragon, 37, bakal kembali ke Malaysia dan menjayakan konsert siri jelajah Ubermensch selama dua hari pada 19 dan 20 Julai, di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Dibawakan AEG Presents Asia, jelas keterujaan peminat setia G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong cukup terasa apabila ramai sudah tidak sabar dan tertanya pembelian tiketnya.

Bagaimanapun, butiran mengenai harga dan tarikh penjualan bermula untuk konsert berkenaan belum diumumkan.

Raja K-Pop, G-Dragon
Raja K-Pop, G-Dragon

Ketua kumpulan Bigbang itu kali terakhir mengadakan konsert solonya di Malaysia pada 2017 menerusi Act III: M.O.T.T.E World Tour di Stadium Merdeka, di sini.

Lebih 650,000 penonton menghadiri 36 konsert dijayakan penyanyi Crooked terbabit ketika siri jelajah itu.

Pada bulan lalu, dia melancarkan album baharunya berjudul Ubermensch yang serta-merta meledakkan semula kerjaya muziknya selepas lama berehat.

Lagu-lagu dimuatkan dalam album itu termasuk Power, Home Sweet Home, Too Bad dan Drama pantas mendaki tangga teratas carta-carta muzik selain sohor kini di pelbagai platform media sosial.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *