Kuala Lumpur: “Saya sudah berdamai dengan takdir,” kata pelakon Muaz Zabir, 28, ketika diminta mengulas hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 30, ketika ini.
Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, berkata, dia tidak menafikan dirinya pernah rapat dengan Bella sejak awal kontroversi bertebaran membabitkan mereka sebelum ini.
“Sebenarnya, saya dan Bella sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi yang lebih baik,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Gerobok Biru Gempak Gempita Raya, hari ini.
Kata pelakon drama Keluarga Itu lagi, dia juga akui pernah rapat dengan Bella dari awal kontroversi lagi.
javascript:falsejavascript:falsejavascript:falsejavascript:falsejavascript:false
“Kenyataan pertama saya kepada seluruh netizen, saya memang tak nafi cuma perkara itu sudah berlalu.
“Kami mampu merancang Tuhan yang menentukan, itu sebaik ketentuan,” kata Muaz yang menganggap hubungannya dengan Bella ketika ini dalam keadaan baik sahaja.
“Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh.
“Kami juga ada berjumpa untuk mesyuarat bersama duta produk lain. Jadi, kami memang berada dalam keadaan baik,” katanya.
Mengenai keakraban hubungan Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula kata Muaz, dia hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Masing-masing sibuk dengan kerja dan saya pun tak tahu sampai mereka (Bella dan Syed Saddiq) jadi fenomena. Sedikit sebanyak boleh bantu produk.
“Nak cakap lebih-lebih tak boleh, saya doakan yang terbaik buat mereka. Seandainya boleh buat masing-masing gembira.
“Saya hanya mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka yang mendapat lampu hijau dari peminat,” katanya.
Terdahulu, Muaz mendakwa dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dirinya sebelum ini.