Perkongsian pelakon dan usahawan, Wawa Zainal telah mengundang pelbagai reaksi netizen baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Wawa membuat kandungan ‘fridge restock’ di mana dia meletakkan pelbagai jenis minuman, sambal, gula-gula, buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dalam peti ais.
Namun begitu, perkongsian Wawa itu telah menimbulkan tanda tanya mengenai pola pemakanan selebriti itu bersama keluarganya.
Kata netizen, terlalu banyak minuman dan makanan tinggi gula dijadikan bahan makanan sekaligus dapat menjejaskan kesihatan.
Takut kita tengok, dan sebagai influencer, saya rasa konten macam ni tak perlu sebab anda mendidik followers cara hidup yang sangat tak sihat.
Source :