Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kelibat penyanyi, Amira Othman menghadiri sebuah majlis agama.
Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana dilihat ibu kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani turut menghadiri majlis yang sama.


Sebelum ini, nama Amira Othman dan Fattah Amin menjadi bualan netizen selepas didakwa menjalinkan hubungan istimewa.
Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak telah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka hanyalah rakan sekerja.
Source :