Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa dia mengalami fasa hidup yang sukar selepas mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Fara berkata dia mempunyai kewangan yang stabil ketika masih bujang dan mampu berbelanja untuk kepuasan diri.

fara salleh

Sebelum kahwin saya tinggal di kondominium tiga bilik, ada kereta sendiri, ada kerjaya.

Dua minggu sekali akan pergi membeli-belah, mampu beli beg tangan dan kasut mewah.

Hujung bulan kalau nak tunggu gaji paling sikit pun mesti ada baki RM1,000.
Menurutnya, kehidupannya berubah apabila dia tidak lagi mampu untuk berbelanja seperti dahulu.
fara salleh

Sekarang tak mampu dan semua itu sudah tiada. Banyak kali dalam akaun hanya tinggal RM30, RM50 saja.

Susah gila dengan komitmen yang aku ada dari sebelum kahwin RM 2,000 sehingga hari ini.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata memberikan kata-kata semangat untuknya agar dia bangkit semula demi anak di dalam kandungannya.

komen thread
komen thread
Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *